Friday, December 24, 2010

Dunia Akhir Zaman !!!

السلام عليكم

Mengisi kembali kesunyian blog ini.....
Entri ni ana dapat dari salah satu blog yang menjadi kegemaran untuk ana lawati hampir setiap minggu...
Entri kali ini berkaitan dengan sejarah kehidupan kita, syabas ana ucap pada penulis blog tersebut kerana berjaya membongkar sejarah manusia....Sesungguhnya kita hidup dizaman yang genting! Wahai saudara/ri sekalian, ayuh kita bermujahadah ke arah mencapai redha Allah..
~ dunia memang pahit untuk kita merasai kemanisan syurga yang hakiki ~


Sahabat Jabir ra telah berkata: "Sesungguhnya Al-Qur'an adalah penolong bagi orang yang meminta pertolongan. Barangsiapa mengikuti petunjuk Al-Qur'an, maka Al-Qur'an akan menuntunnya ke dalam syurga. Dan barangsiapa meninggalkan petunjuk Al-Qur'an, maka akan dilemparkan ke dalam siksa neraka." (HR. Bazar, termasuk hadis marfu' dengan sanad yang baik).


Thursday, December 16, 2010

Bacalah duhai kaum Hawa, Peliharalah diri kalian bak mawar berduri~

                                      Apakah Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Umum?
Firman Allah Swt: “Hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa tampak pada dirinya ” (Surah An-Nur ayat 31)
     Yang dimaksudkan dengan ‘yang biasa tampak pada dirinya’ adalah wajah dan kedua telapak tangan. Kedua-dua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak pada kaum muslimah di hadapan Nabi saw dan baginda membiarkannya. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini biasa terlihat pada masa Rasulullah saw, yaitu pada masa ayat al-Quran masih turun. Disamping itu, terdapat hujah lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

      Rasulullah saw bersabda: “Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya. ” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah) 
Imam Baihaqi juga meriwayatkan hadith yang berasal dari pertuturan Asma’ binti Umays. Ia
bertutur demikian: “Rasulullah saw pernah masuk ke kamarAisyah binti Abu Bakar, sementara ia bersama dengan saudaranya Asma’ binti Abu Bakar, yang saat itu sedang mengenakan pakaian tipis yang bahagian lengannya longga. Ketika Rasulullah saw melihatnya, beliau segera bangkit dan kemudian keluar kamar. Aisyah lantas berkata sambil mengikuti Rasulullah saw. Rasulullah tampak seperti melihat sesuatu yang tidak disukainya sehingga Aisyah pun menghampirinya. Akan tetapi kemudian, Rasulullah saw masuk kembali. Baginda lantas ditanya oleh Aisyah,mengapa baginda sampai bangkit dan keluar? Baginda kemudian bersabda ‘Tidakkah engkau melihat keadaannya? Ia seperti bukan wanita muslimah yang seharusnya hanya menampakkan ini dan ini.’ Baginda berkata demikian seraya mengambil kain dan menutupkannya pada kedua tangannya sehingga yang tampak hanya jari-jemarinya. Baginda melilitkan kain tersebut dengan kedua tangannya ke arah kepalanya hingga yang tampak hanya bahagian wajahnya .”

      Aisyah r.a telah menuturkan riwayat bahawa Asma binti Abu Bakar pernah masuk ke ruangan wanita dengan berpakaian tipis (transparan) sehingga Rasulullah saw berpaling seraya
bersabda: “Asma, sesungguhnya perempuan itu, jik telah baligh, tidak pantas untuk ditampakkan dari tubuhnya kecuali ini dan ini(sambil menunjukkan wajah dan telapak tangan). ”
Riwayat Abu Bakar yang bersumber dari Ibnu Jurayi. Ia menuturkan bahawa Aisyah pernah
berkata demikian: “Keponakan (anak saudara) perempuanku pernah masuk ke ruanganku seraya bersolek. Rasulullah saw kemudian masuk ke ruanganku sambil berpaling. Aku lantas berkata: ‘Wahai Rasulullah ia adalah anak saudara perempuanku, dan ia masih kecil.’ Akan tetapi, Rasulullah saw bersabda: ‘Jika seseorang wanita telah mengalami haid, ia tidak boleh menampakkan tubuhnya, kecuali wajah dan ini.’ Baginda berkata demikian sambil menggenggam tangannya dan membiarkan jari-jemarinya saling menggenggam antara satu sama lain. ” Inilah dalil-dalil yang menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Pakaian apapun yang berfungsi sebagai penutup seluruh auratnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangan, dianggap sudah mencukupi bagaimanapun bentuknya. Syariat juga menetapkan agar pakaian tersebut menutupi kulit sekaligus warnanya, dimana sekiranya kain penutup itu tipis sehingga tetap menampakkan warna kulitnya, maka ianya masih belum dianggap menutup aurat.

      Walaupun demikian, kita tidak boleh mencampur adukkan pembahasan tentang penutup aurat dengan pembahasan tentang pakaian wanita dalam kehidupan umum dan tentang topik
tabarruj (mempamerkan kecantikan). Meskipun seseorang wanita telah mengenakan seluar
panjang yang sudah dapat menutupi aurat dan tidak tipis, tidak beerti bahawa ia boleh
memakainya dihadapan lelaki bukan mahram sementar menunjukkan kecantikan dan
memperlihatkan perhiasannya. Jika melakukannya, walaupun ia telah menutupi auratnya, ia
masih bertabarruj iaitu mempamerkan kecantikan yang tampak pada tubuhnya. Tabarruj
dilarang oleh syariat atas wanita. Walaupan ia telah menutupi auratnya belum tentu dianggap
tidak bertabarruj. Atas dasar ini, kita tidak boleh mencampurkan pembahasan tentang topik
menutup aurat dengan topik tabarruj, kerana keduanya berlainan. Topik tabarruj akan
dibincangkan dalam tajuk berikutnya nanti.

     Bebalik kepada pakaian wanita dalam kehidupan umum, seperti di jalanan umum, ketika
urusan jual beli dan sebagainya, Allah Swt telah mewajibkan kepada wanita untuk mengenakan
pakaian luar (yaitu pakaian yang dikenakan di luar pakaian sehari-hari) jika keluar(rumah) dan
berada dalam kehidupan umum. Mereka wajib mengenakan pakaian terusan iaitu jilbab (baca:
jilbab, yaitu pakaian yang terus bersambung – tidak terpotong-potong – dari bahagian atas
sampai kebahagian bawah tubuhnya – serupa jubah dan pakaian yang sepertinya).

     Firman-firman Allah Swt:
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan
perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. ” (Surah An-Nur ayat 31)
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka .” (Surah Al-Ahzab ayat 59)
Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: "Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.”
Di dalam hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar. Ia menuturkan demikian: Rasulullah saw pernah bersabda, “Siapa saja yang mengangkat pakaiannya kerana sombong, di Hari Kiamat nanti Allah Swt pasti tidak akan memperdulikannya.” Ummu Salamah lalu bertanya, “ Jika demikian, lantas bagaimana dengan yang dilakukan para wanita atas bahagian bawah pakaian mereka? ” Nabi menjawab, “ Hendaklah mereka mengulurkannya sejengkal.” Ummu Salamah kembali bertanya, “Kalau begitu, kedua kaki mereka masih tampak?” Nabi saw kembali menjawab, “ Jika demikian, hendaklah mereka mengulurkannya lagi sehasta, dan tidak menambahnya .”
Dalil-dalil di atas menjelaskan adanya suatu petunjuk mengenai pakaian wanita dalam kehidupan umum. Allah Swt telah menyebutkan sifat pakaian ini dalam dua ayat di atas tadi
dengan perincian yang lengkap dan menyeluruh.

      Mengenai pakaian wanita bahagian atas, Allah Swt berfirman: “Hendaklah mereka menutup kain kudung (tudung) ke dada mereka”(Surah An-Nur ayat 31) Maksudnya, hendaklah para wanita menghamparkan kain penutup kepalanya di atas leher dan dadanya agar lipatan pakaian dalam dan pakaian luar pada leher dan dadanya tersembunyi. Sementara itu, mengenai pakaian wanita bahagian bawah, Allah Swt berfirman: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbab atas diri mereka” (Surah Al-Ahzab ayat 59) Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan pakaian yang dikenakan pada bahagian luar (jilbab) pakaian sehariannya (contoh pakaian harian iaitu baju kurung, T-shirt, seluar panjang dan sebagainya yang digunakan sebagai pakaian harian) jika mereka hendak keluar rumah.Tentang cara mengenakan pakaian luar (jilbab) tersebut, Allah Swt berfirman: “Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya.”(Surah An-Nur ayat 31)
Maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat perhiasan dan anggota tubuh mereka
seperti kedua-dua telinga, kedua-dua lengan, kedua-dua betis kaki, ataupun selain itu kecuali
apa yang biasa tampak pada diri mereka di dalam kehidupan umum. Ketika ayat ini turun yang
biasa tampak pada diri wanita adalah wajah dan kedua tapak tangan. 

     Dengan gambaran yang terperinci di atas maka jelaslah bagaimana pakaian wanita dalamkehidupan umum dan apa sahaja kewajiban mereka berkaitan dengan pakaian tersebut. Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar(jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya
tidak meminjamkannya, samaada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia
tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini
adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang
ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas
pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia
tidak boleh keluar rumah.

      Hadith yang kedua pula menjelaskan bahawa Jilbab mestilah diulurkan ke bawah sampai
menutupi kedua kakinya. Dalam hal ini yang penting menutup kedua kaki dengan mengulurkan
semata-mata. Meskipun telah menutup aurat tetapi tidak dianggap sempurna jika tidak jilbab sampai ke bawah bukan hanya menutup warna kakinya dengan stokin atau kasut mengulurkan jilbab sampai ke bawah. Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt. 

      Dalam konteks dimana seorang wanita dilihat oleh mahramnya, ia boleh menampakkan bahagian-bahagian tubuhnya yang menjadi tempat melekat perhiasannya, lebih sekadar wajah dan kedua telapak tangan, tanpa dibatasi bahagian-bahagian tubuh tertentu. Kebolehan ini secara mutlak ditetapkan oleh nash, Allah Swt berfirman: “Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki kandung mereka, atau anak-anak lelaki tiri mereka, atau saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelakiyang tidaklagimemiliki hasrat seksual, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. ” (Surah An-Nur ayat 31) Orang-orang yang disebut dalam ayat di atas boleh melihat bahagian-bahagian tubuh wanita mulai dari rambut, leher, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan bahagian-bahagian tubuh ain yang biasa menjadi tempat melekatkan perhiasan mereka (rantai, gelang dan sebagainya). Sebab dalam ayat di atas, Allah Swt menggunakan kata “wa la yubdina”, yaitu tempat melekatkan perhiasan mereka. Ertinya, wanita tidak boleh menampakkannya kecuali terhadaporang-orang yang telah disebutkan dalam ayat tersebut. Mereka inilah yang boleh melihat apa yang tampak pada wanita ketika mereka memakai pakaian sehari-hari.

Tabarruj
 
      Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Ia juga beerti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu ia memberi maksud yang khusus, iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki lain yang bukan mahramnya. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.
Firman Allah Swt: “Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu .” (Surah al-Ahzab ayat 33) Rasulullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi. Rasulullah saw juga bersabda: “Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek. ”

        Ayat al-Quran berikut lebih menguatkan hadits di atas: “Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk menikah lagi, tiadalah atas mereka (pakaian luar) dengan tidak menampakkan perhiasan (menunjukkan kecantikan) .” [an-Nur:60] Ayat tersebut menjelaskan bahawa wanita-wanita yang sudah mengalami menopouse boleh untuk menanggalkan jilbab (pakaian luar)-nya. Akan tetapi, mereka tetap wajib menutup auratnya dan tidak menampakkan perhiasan (kecantikan) yang ada pada diri mereka. Jikalau wanita tua yang telah menopouse pun dilarang untuk menunjukkan kecantikan (yang nampak pada tubuh badannya atau bersolek untuk mempamerkan kecantikan) yang ada pada dirinya, apatah lagi wanita yang masih subur tentu saja tidak boleh bertabarruj (menunjukkan kecantikan). 

       Kecantikan tubuh kenalah ditutup dengan hijab seperti yang disyariatkan iaitu menggunakan jilbab (serupa jubah) dan kain kudung (tudung) ketika keluar rumah menuju kehidupan umum atau ketika berdepan dengan bukan mahramnya. Syara’ juga melarang
amalan bersolek dengan tujuan mempamerkan kecantikan dihadapan lelaki bukan mahram. Daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamerkan kecantikan
dan menampakkan bahagian tubuh tanpa hijab (jilbab dan tudung) di hadapan bukan mahram adalah dilarang. Bagi seorang isteri hanya boleh bersolek untuk suaminya dan tidak boleh mempamerkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Hadith-hadith Berkaitan Dengan Aurat
 
       Rasulullah saw bersabda: “Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” (Hadith Riwayat Aththahawi)
“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku
bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab,
“Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu. ” (Hadith Riwayat Bukhari)
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah saw, manakah bahagian
aurat kami yang harus kami tutupi dan mana boleh kami biarkan? ” Rasulullah saw lalu bersabda kepadaku, “ Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu .” (Hadith Riwayat Bahz Ibn Hakim)
“Jika ada diantara kalian yang menikahkan pembantu, baik seorang budak ataupun pegawainya, hendaklah ia tidak melihat bahagian tubuh antara pusat dan di atas lututnya,
kerana bahagian tersebut termasuk aurat. ” (Hadith Riwayat Amr Ibn Syuaib)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain
wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya. ” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
Ibn Abbas pernah berkata kepada saya, “Mahukah anda saya tunjukkan seorang wanita yang
termasuk ahli syurga? ” Saya menjawab, “Ya.” Ia kemudian menceritakan bahawa wanita tersebut berkulit hitam. Wanita itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, “ Aku ini menderita sakit ayan sehingga auratku sering tersingkap. Kerana itu, aku mohon anda berdoa berdoa kepada Allah Swt untukku. ” Rasulullah saw menjawab, “ Sesungguhnya jika engkau menghendaki dan berlaku sabar, balasannya adalah syurga. Akan tetapi, jika engkau menghendaki, aku boleh mendoakanmu supaya engkau sembuh. ” Wanita itu berkata, “Kalau begitu, aku mahu bersabar. Akan tetapi, auratku sering tersingkap. Kerana itu,doakanlah agar auratku tidak teringkap .” Setelah itu, Nabi saw mendoakannya. (Hadith Riwayat Atha Ibn Abi Rabbah)

      Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kita untuk melaksanakan setiap kewajiban yang
telah Allah tetapkan serta mengukuhkan iman kita dengan menjadikan kita sentiasa tunduk dan
terikat dengan hukum-hukum-Nya.
                                       

Wallahu’alam.

  :: Sumber : http://www.mykhilafah.com/ 

~ Bingkisan hatiku buat mereka yang bernama Teman~



Ya Allah....
Tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah aku bersyukur atas kurniaanMU...
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku...
Kau jadikanlah sahabt aku ini sebagai teman seperjuanganku,
peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah agamaMu...
Kau jadikanlah ukhwah ini disema atas redhaMu...
teguhkanlah atas cinta kepadaMu...
Kau lindungilah kami daripada maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami daripada mengingatiMu...
Ya Rabb...
bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabtaku dengan cinta kepadaMu....
peliharalah ukhwah kami sampai ke syurgaMu...
Allahumma Amiin.....

CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda


CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda

            Semua orang impikan saat-saat kejayaan dan kecemerlangan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, 95% daripada pelajar-pelajar di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak cemerlang. Rata-rata mereka mengaku mereka adalah pelajar sederhana.
            Prestasi dan pencapaian anda pada masa akan datang ditentukan oleh tindakan anda pada hari ini, bukan dipengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan anda pada masa lampau. Untuk menjadi Pelajar Cemerlang, kita perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi kita. Kita perlu yakin bahawa Allah menciptakan kita dalam sebaik-baik kejadian sepertimana firman-Nya, maksudnya :
     “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” (Surah al-Tiin: 4)
Maksudnya Allah telah menjadikan manusia siap sedia untuk cemerlang, Cuma kita tidak berupaya untuk menyerlahkan kecemerlangan kita.
            Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti anda yang datang dari keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa dan yang berada dimana-mana sahaja di atas muka bumi ini berusaha secara luar biasa.
Srategi dan Teknik Sebagai Alat Berkesan Capai Kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, kita mesti mempraktikkan kaedah, strategi dan teknik pembelajaran tertentu sehingga sebati dengan jiwa dan menjadi watak kita.
Memiliki Motivasi yang Tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan, kita hendaklah gambarkan kecemerlangan itu terlebih dahulu di dalam minda. Kawal tindakan dan rangsangan kendiri ( self-motivatian ) agar membentuk dorongan yang tinggi.
Memfokuskan Fikiran. Ketika belajar fikiran tidak boleh bercabang-cabang dengan masalah lain selain pembelajaran. Penempuan khas perlu diambil berat ketika menelaah pelajaran untuk menghasilkan pencapaian yang berkesan.
Menghadapi Kesusahan dengan Tabah. Dalam berhadapan dengan kesusahan, paksa diri anda bukan manjakan diri. Orang yang manjakan diri akan bertindak mengikut emosi semata-mata.Semua kerja yang susah akan ditinggalkan dan rela membuat kerja ringan yang bercorak hiburan sahaja.Adat alam menyatakan semua perkara memeang susah pada mulanya sebelum menjadi senang.
Merangsang minda.
·      Tulis dalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari.
·      Sentiasa merangsang orang lain untuk menjadi hebat.
·      Membaca buku motivasi.
·      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
·      Sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.

                                           Sumber : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah ( Solusi isu perdana )

Ujian adalah Kasih Sayang Allah

Anak mataku merenung jauh melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas.Alhamdulillah meresap ketenangan dijiwa ini, biarpun sebenarnya banyak persoalam yang masih belum terungkai dibenak fikiranku.
Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu, diberi aku masalah namun dikurniakan alam yang tesergam indah serta bisa mendamaikan hati.
       Tiba-tiba aku teringat akan persoalan jiwa hamba-hamba Allah yang sering merintih pedih, kenapa seberat ini ujian yang harus aku  hadapi ? Mengapa sesuatu yang aku inginkan itu tidak dapat aku nimati ? Bagaimana harus aku menghadapi dugaan ini Ya Allah ? Kepada siapa harus aku berharap ? Apa yang akan aku perolehi daripada semua ini ? Bagaimana jika aku sudah lelah menghadapinya ? Ya Allah, kenapa semuanya harus aku ?
Wahai jiwa hamba sekalian, janganlah kita khuatir kerna Allah telah menjawabnya.
       Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya terbukti dengan jawapan kepada semua persoalan. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " Hal itu membuktikan kita di uji kerana kita mampu menghadapinya, biarpun ujian itu sangat berat untuk digalas.
      " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal  ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (Surah al-Baqarah ayat 216) Inilah jawapan yang Allah kirimkan bagi menenangkan hati hambaNya yang mahu mengerti mengapa kita sering tidak dapat menikmati sesuatu yang amat kita inginkan. Sebagai hamba kita harus redha kerna hanya Allah megetahui apa yang terbaik untuk hidup kita.
       Dalam usaha kita mencari jalan keluar daripada ujian itu, Allah telah memberitahu kita caranya dalam surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud " Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. " Allah telah menjelaskan kepada kta ujian itu harus dihadapi dengan sabar. Oleh itu wahai diri, jangan engkau banyak mengeluh.
       Kita terus mencari-cari pada siapa bisa kita bergantung harap, ternyata kita lupa bahawa Alla telah menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud " Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal " at-Taubah ayat 129. Jelas, pada setiap ujian itu Allah ada bersama kita bagi menghadapinya, terkadang kita tidak merasakan begitu, kenapa? Kerna kita tidak yakin! Yakinlah wahai diri, Allah ada bersamamu.
       Sesungguhnya setiap ujian yang harus dihadapi itu ada imbalannya kelak kerna Allah telah memberi khabar melalui firmanNya yang bermaksud " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang - orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....." at-Taubah ayat 111. Ternyata setiap ujian Allah itu tidaklah sia-sia bahkan Allah telah menyediakan yang lebih baik buat hamba yang taat dan patuh kepadaNya.
       Andai jiwa hamba kita telah lelah dan tidak mampu lagi menghadapi mehnah itu, siramilah ia dengan firman Allah yang bermaksud ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. " Yusuf ayat 12. Allah telah mengingatkan kta supaya tidak berputus asa dengan rahmatNya, pasti setiap ujian itu ada hikmahyang tersembunyi. Ayuh ! tabahlah hadapinya.
      Andai diri masih lagi mempersoalkan mengapa aku yang di uji? Pujuklah diri kita dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2-3, mafhumnya " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; ' kami telah beriman ' sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " Ayat ini telah memberitahu kita bahawa tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak diuji.Oleh itu, duhai hati yakinlah bahawa ujian itu adalh rahmat dan kasih sayang Allah bukanlah satu bebanan  buatmu.
 -- Ternyata Allah tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia -- 
__Wallahu'alam__